aku menyelongkar senarai kawan di halaman friendster. bila terasa seperti ingin melihat rakan lama. yang mana suatu masa dulu aku berminat. dan mungkin jugak aku merindui, masa dulu dulu la.
aku rasa perasaan rindu hanya muncul apabila “aku yang dulu” selalu teringatkan mereka mereka ini. kerana aku menyukai beberapa sifat utama mereka. seperti lesung pipit dan sebagainya. sifat yang boleh dilihat. kerana mata menghadang otak dari berfikir dalam dalam. dan terus menerima apa yang dilihat elok atau menarik. diransang oleh perasaan yang meluak luak untuk memiliki, aku terpesong dari landasan nyata. dan otak memproses sesuatu keadaan yang aku panggil sebagai “tidak ambil peduli perkara lain”.
hari hari selepasnya aku akan terpikirkan mereka mereka ini. dan mendorong pembuangan masa yang agak berlebihan. rindu bermula di sini. sms akan dihantar dan diharap agar terbalas. yang sepatutnya aku rasa tak perlu sangat. sebab agak membosankan.
merasakan semakin hampir untuk memiliki. aku semakin teruk merindui mereka. dan aku merasakan agar setiap masa aku boleh bersembang dengan mereka. persambungan dengan ini langkah yang seterusnya dipikirkan perlu diambil. dengan segala ayat yang diatur. aku bersedia menerima apa sahaja keputusannya.
masa masa yang dirasakan amat sesuai selalunya akan diganggu dengan perkataan ringkas yang membawa maksud yang mendalam. datang dari orang yang lebih banyak pengalaman. aku selalunya akan menarik balik segala perancangan yang telah dibuat. kerana aku takut gagal. dan sememangnya akan gagal.
dan episod rindu akan bermula semula selepas itu. “aku yang dulu” ambil masa yang lama untuk memulihkan diri dari kerinduan yang entah apa apa ni. dan ini menjejaskan kehidupan sosial aku.
sekarang apabila memikirkan kembali pengalaman rindu. aku terasa bodoh seketika. sebab benda seperti ini tidak membawa apa apa makna. kalau ingin memiliki teruskan langkah seterusnya. keputusan selepas itu, kita konsider sebagai tamat disitu kalau tidak berjaya. dan teruskan kalau berjaya. kerinduan hanya layak untukNya.
How i may contact admin this site? I have a question.
iijiivei
morryile: blackandwhite_note@yah00.com