cecipandansesemut

Raya atau Protes

In experience, persekitaran on October 8, 2008 at 8:09 pm

aku mahu bercerita tentang raya.

temanya, bagaimana berulangnya sifat berat sebelah dan menyisihkan cucu sendiri. atau anak dan menantu sendiri. mungkin

4 hari itu memang panjang bila aku terpaksa “stuck” kat tempat dimana aku perlu meraikan sesuatu yang tidak sepatutnya murung. bermula dari turun kereta, aku dah mula rasa macam nak tampar seseorang.

hari kedua, antara anak kesayangannya pulang. keadaan makin tidak terkawal. telinga aku panas apabila berulang kali diperli. aku gagahkan diri untuk bersabar. dia sudah terlalu tua untuk aku bertekak dan menjerit. terasa seperti melayan si genius yang mahu memperbodohkan kita.

hari raya, aku memandangnya. dia duduk di sofa di ruang tamu itu. menunggu majlis bersalaman. aku salam dan cium tangan ibubapa ku dan blah. terlalu menyampah untuk bersalam dengan beberapa orang. balik kubur, aku terus lelapkan diri. dan petangnya aku menghabiskan raya pergi mandi sungai. bukan apa, sebagai tanda protes.

owh, mungkin bukan cerita tentang raya. tapi sepatutnya cerita tentang aku mengorbankan raya memprotes orang matang. terasa budak budak seketika. tak kisahla janji protes aku berjaya dilaksana.

terima kasih kerna membaca.

Langit Subuh

In self-development on October 8, 2008 at 7:58 pm

“Langit hanya gelap sebelum subuh”

aku berasa relaks sikit apabila memori mengimbau qoute ini. langit aku sentiasa gelap sebelum subuh. tambah tambah lagi kebelakangan ni semakin gelap.

aku merangkak mencari cahaya. yang entah ada atau tidak.

bising nak mampos!!

In persekitaran on October 8, 2008 at 7:57 pm

musim raya masih dirasai. walaupun tema tahun ni adalah untuk tidak beraya.

malam ini aku terjaga. kebisingan yang muncul apabila floor aku blackout memang menyakitkan hati. mereka seperti meraikan blackout itu. tak heranla kalau selalu jadi pon. aku terdengar manusia manusia modern dan bertamadun menjerit jerit namaku. tetapi mata aku malas nak dibuka. dan aku terus lelapkan diri.

sekali lagi pukul 2++ pagi aku terjaga. kali ni nyamuk berpesta. habis digigit kedua pasang kakiku. tension. amat tension.

pukul 3++ pagi aku terjaga lagi. kali ni aku dah hilang feel untuk tidur. aku on PC dan terus melalikan diri dengan kemudahan internet slow di sini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.